Keusahawanan dan Anda

Posted: June 12, 2013 in Uncategorized

Laman ini merupakan satu platform untuk mendapatkan maklumat atau idea bagi menjana minda dalam bidang keusahawanan khususnya kepada remaja-remaja pasca kampus.

Remaja sebagai golongan muda yang mempunyai upaya fizikal dan mental yang hebat, seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.
Keusahawanan dan perniagaan bukan hanya berperanan sebagai alat dalam mendapatkan keuntungan dunia semata-mata tetapi juga dalam menyediakan bekalan amal soleh di akhirat kelak.
Keusahawanan sebagai kerjaya
Sememangnya tidak ramai di kalangan remaja yang baru menamatkan pengajian memilih untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Kekurangan modal, minat, pengalaman mahupun sumber merupakan antara faktor utama remaja cenderung untuk bekerja makan gaji berbanding menjadi seorang usahawan atau peniaga.Namun dalam jangka panjang, bidang keusahawanan dan perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan andainya dijalankan secara gigih dan bijaksana.

Apabila keusahawanan dan perniagaan dijadikan salah satu kerjaya pilihan di kalangan remaja, maka hal ini turut membantu mengurangkan kebergantungan graduan terhadap pasaran kerjaya yang semakin mencabar.Malahan melalui organisasi keusahawanan yang ditubuhkan, remaja juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk insan lain dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat. Justeru remaja perlu didedahkan dengan ilmu serta pengalaman
kegiatan keusahawanan sejak usia persekolahan agar timbul minat serta keberanian untuk meneroka bidang keusahawanan setelah tamat pengajian kelak

mari berdagng

Leave a comment