From ZERO to HERO

Posted: June 12, 2013 in Uncategorized

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew . seorang anak dagang yang datang dari negara China yang mana yang datang ke Tanah Melayu dengan menaiki tongkang pada tahun 1924. menurut sejarah beliau bermula sebagai mekanik dan juga melakukan kerja sambilan yang lain antaranya mencuci bas. Mendiang hanya tahu bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja, tidak tahu membaca dan jugak menulis, tetapi memiliki tahap ingatan yang amat dikagumi.
Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya. Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat.

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah seorang usahawan yang bijak dan telah berjaya mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Beliau menyedari bahawa kelebihan motosikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah.

Pengeluaran motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, Soichiro.

Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara Boon Siew mengedarkannya. Pada pendapat beliau, motosikal Honda adalah yang paling sesuai dengan masyarakat Malaysia. Berdasarkan andaian tersebut, beliau telah berusaha dan berjaya dalam memperoleh lesen sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia. Hari ini, sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda, beliau telah menikmati kekayaan melalui perniagaan yang telah dicipta olehnya.

Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia

Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun

boonseaw

Leave a comment