Keusahawanan dan Anda

Posted: June 12, 2013 in Uncategorized

Laman ini merupakan satu platform untuk mendapatkan maklumat atau idea bagi menjana minda dalam bidang keusahawanan khususnya kepada remaja-remaja pasca kampus.

Remaja sebagai golongan muda yang mempunyai upaya fizikal dan mental yang hebat, seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.
Keusahawanan dan perniagaan bukan hanya berperanan sebagai alat dalam mendapatkan keuntungan dunia semata-mata tetapi juga dalam menyediakan bekalan amal soleh di akhirat kelak.
Keusahawanan sebagai kerjaya
Sememangnya tidak ramai di kalangan remaja yang baru menamatkan pengajian memilih untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Kekurangan modal, minat, pengalaman mahupun sumber merupakan antara faktor utama remaja cenderung untuk bekerja makan gaji berbanding menjadi seorang usahawan atau peniaga.Namun dalam jangka panjang, bidang keusahawanan dan perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan andainya dijalankan secara gigih dan bijaksana.

Apabila keusahawanan dan perniagaan dijadikan salah satu kerjaya pilihan di kalangan remaja, maka hal ini turut membantu mengurangkan kebergantungan graduan terhadap pasaran kerjaya yang semakin mencabar.Malahan melalui organisasi keusahawanan yang ditubuhkan, remaja juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk insan lain dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat. Justeru remaja perlu didedahkan dengan ilmu serta pengalaman
kegiatan keusahawanan sejak usia persekolahan agar timbul minat serta keberanian untuk meneroka bidang keusahawanan setelah tamat pengajian kelak

mari berdagng

stat poli3

Image  —  Posted: June 13, 2013 in Uncategorized

Uji Diri Anda

Posted: June 13, 2013 in Uncategorized

Jika anda prihatin untuk menjadikan diri anda seorang Usahawan sila Uji diri Anda dengan Soalan dibawah

KLIK DISINI UNTUK MENGUJI DIRI ANDA

thinking-man

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Apakah tujuan Rancangan Perniagaan (RP) dibuat?

  • Untuk mendapatkan pembiayaan / modal bagi menampung projek yang diperolehi
  • Untuk mendapatkan lesen dan tempat perniagaan(premis)
  • Untuk mendapatkan pelaburan daripada pihak ketiga
  • Sebagai panduan perancangan kita dalam perniagaan

KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN CONTOH RP

 

CIRI-CIRI USAHAWAN

Posted: June 12, 2013 in Uncategorized

Colorful_tulips

Ramai yang telah bersetuju bahawa untuk menjadi seorang Usahawan yang berjaya merka haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut :

1. Inisiatif dan Bertanggung jawab

Kebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu opeasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
..

2. Komitmen Yang Tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan

..
3. Orientasi Peluang (kesempatan)
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajan, struktur atau startegi. Mereka bermla dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penlaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

..
4. Mengambil Risiko Secara Sederhana
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

..

5. Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi i atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuakan mereka bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banaak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

..
6. Kreatif dan Inovatif
Kretif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada seiap usahawan untuk memperoehi kelebihan persangan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

..
7. Mencari Maklum Balas
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklum balas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklum balas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
..

8. Menuju Ke Arah Kejayaan
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuau, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejarserta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “Wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mreka kecapi an wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

..
9. Kebolehan Menentukan Visi
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma mereka. Di kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
..

10. Kemahiran Mengatur
Membawa peniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
..

11. Kawalan Fokus Dalaman
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.

..
12. Toleransi Terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.

..
13. Lebih Bertenaga
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
..

14. Semangat Berpasukan
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yan tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
..

15. Berdikari
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

..
16. Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas (ketegasan) sering kali membawa kepada kegagalan.

 

 

From ZERO to HERO

Posted: June 12, 2013 in Uncategorized

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew . seorang anak dagang yang datang dari negara China yang mana yang datang ke Tanah Melayu dengan menaiki tongkang pada tahun 1924. menurut sejarah beliau bermula sebagai mekanik dan juga melakukan kerja sambilan yang lain antaranya mencuci bas. Mendiang hanya tahu bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja, tidak tahu membaca dan jugak menulis, tetapi memiliki tahap ingatan yang amat dikagumi.
Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya. Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat.

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah seorang usahawan yang bijak dan telah berjaya mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Beliau menyedari bahawa kelebihan motosikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah.

Pengeluaran motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, Soichiro.

Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara Boon Siew mengedarkannya. Pada pendapat beliau, motosikal Honda adalah yang paling sesuai dengan masyarakat Malaysia. Berdasarkan andaian tersebut, beliau telah berusaha dan berjaya dalam memperoleh lesen sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia. Hari ini, sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda, beliau telah menikmati kekayaan melalui perniagaan yang telah dicipta olehnya.

Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia

Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun

boonseaw